
Banglo Impian Anda, Direka Dengan Jiwa.
Kami membantu pemilik banglo mengubah kediaman mereka menjadi ruang yang penuh elegan, harmoni, dan berkat
Banglo Sudah Ada. Tapi Masih Rasa Ada Yang Kurang?
Anda sudah membina atau membeli banglo impian. Tetapi walaupun saiznya luas dan privasi terjaga
Ruang terasa kurang tersusun.
Tetamu masuk dan rasa janggal
Ada sudut yang tidak digunakan, manakala sesetengah ruang terasa sempit
Kontraktor hanya mengikut arahan, tetapi hasilnya kurang 'jiwa' dan kesinambungan.
Paling mengecewakan? Rumah kelihatan mewah, tetapi anda tidak merasa ‘di rumah’.
Masalahnya bukan pada struktur. Tetapi pada keserasian gaya hidup, susun atur, dan identiti keluarga.
Siapa Kami?
Kami adalah pasukan profesional di sebalik Banglo Impian, sebahagian daripada Mamyhome, syarikat yang telah membina reputasi kukuh dalam industri reka bentuk dan pembinaan di Malaysia. Dengan pengalaman luas dalam reka bentuk dalaman, pengurusan projek, dan pembinaan berkualiti tinggi, kami membawa kepakaran bertahun-tahun untuk membantu anda memiliki banglo idaman yang bukan sahaja indah tetapi juga bernilai tinggi.
Sebagai sebahagian daripada Mamyhome, kami memahami bahawa setiap rumah adalah lebih daripada sekadar struktur – ia adalah ruang untuk membina memori, mengeratkan hubungan, dan menjadi warisan untuk generasi akan datang. Itulah sebabnya kami komited untuk memberikan reka bentuk yang unik, binaan berkualiti premium, dan pengalaman pelanggan yang luar biasa dalam setiap projek yang kami jalankan.

Bukan Sekadar Ubahsuai. Ini Tentang Mencipta Ruang Yang Bermakna.
Kenapa Memilih Kami Untuk Bina dan Design Banglo Rumah Anda?
Banglo Impian direka khas untuk kediaman mewah berskala besar — memastikan setiap keputusan memberi kesan kepada keselesaan, fungsi, dan karakter rumah.
Pengalaman & Kepakaran
Dengan pengalaman luas dalam industri hampir 20 tahun, kami faham setiap keperluan pelanggan dari peringkat awal hingga siap bina.
Berdaftar dengan CIDB
Kami juga berdaftar dan mendapat pensijilan dari CIDB dengan mengikut SOP, keselmatan dan standard yang bersesuaian
Reka Bentuk Unik & Personalised
Setiap rumah dibina mengikut impian anda, bukan sekadar template biasa.
Khidmat Nasihat Dari Pakar
Mendapat nasihat dari pakar tentang layout plan, design dan sebagainya sehingga siap penuh dengan pemantauan kualiti.
Jaminan Kualiti & Ketahanan
Setiap projek kami melalui kawalan kualiti ketat bagi memastikan ketahanan serta keselesaan jangka panjang.
Lihat Apa Kata Pemilik Rumah Yang Berkongsi Tentang Kami
Playlist
Apa yang Anda Dapat dengan Servis Eksklusif Dari Kami
Di Banglo Impian, kami menyediakan penyelesaian lengkap untuk membantu anda membina banglo eksklusif yang menepati citarasa, gaya hidup, dan keperluan keluarga anda.

Reka Bentuk Eksklusif
Setiap banglo direka khas mengikut citarasa anda dengan keseimbangan antara fungsi, estetika, dan elemen moden.

Kualiti Binaan Premium
Kami hanya menggunakan bahan berkualiti tinggi dan tenaga kerja mahir bagi memastikan rumah anda bertahan untuk generasi akan datang.

Pengurusan Projek Profesional
Dari konsep hingga siap bina, kami mengurus setiap aspek dengan teliti supaya anda tidak perlu risau tentang sebarang kesulitan.

Pematuhan Standard & Kelulusan
Semua projek kami mengikut garis panduan dan standard pembinaan bagi memastikan keselamatan serta nilai jangka panjang hartanah anda.
Lihat Contoh Rekaan & Hasil Pembinaan Eksklusif Kami
Dapatkan inspirasi daripada koleksi rekaan moden, mewah, dan eksklusif yang telah kami bina. Setiap projek dihasilkan dengan ketelitian, kualiti premium, dan reka bentuk yang disesuaikan mengikut keperluan pemilik.

HANYA TERIMA 6 PROJEK SAHAJA SLOT DALAM SEBULAN
Kami hanya menerima 6 projek banglo dalam satu masa.
Kenapa? Kerana rumah seperti ini memerlukan perhatian penuh, fokus mendalam, dan pengurusan bersepadu.
Setiap klien mendapat Lead Designer, Pengurus Projek Eksekutif, dan pemantauan penuh dari CEO.
Tiada Kos Tersembunyi. Tiada Andaian. Hanya Ketelusan.
Setiap projek kami bermula dengan perbincangan mendalam, skop jelas, dan kos yang disesuaikan dengan keperluan serta tahap kemasan yang diinginkan.
- Pelaburan Anda : Bermula RM300,000 – RM1.5 juta+
- Termasuk Reka Bentuk & Pengurusan Projek (PMC)
- Kos akhir dibentangkan selepas Sesi Konsultansi
Impikan Banglo Idaman? Kami Sedia Merealisasikannya!
Banglo anda bukan sekadar harta. Ia adalah pengalaman hidup, tempat kenangan, dan ruang penuh keberkatan.
Kami memastikan ia menjadi warisan yang abadi.
FAQ – SOALAN YANG MUNGKIN BERADA DI MINDA ANDA
Apa itu Banglo Impian?
Banglo Impian ialah perkhidmatan reka bentuk dan pembinaan rumah banglo eksklusif yang memastikan setiap rumah bukan sekadar tempat tinggal, tetapi juga warisan untuk generasi akan datang.
Kenapa saya perlu memilih Banglo Impian?
Kami menawarkan reka bentuk yang unik, material berkualiti tinggi, dan kepakaran dalam pembinaan banglo yang tahan lama serta selesa.
Berapa anggaran kos untuk membina sebuah banglo?
Kos bergantung pada saiz, reka bentuk, material, dan lokasi tanah anda. Hubungi kami untuk mendapatkan anggaran kos berdasarkan keperluan anda.
Adakah Banglo Impian menyediakan khidmat reka bentuk sahaja?
Ya, kami menawarkan perkhidmatan reka bentuk sahaja atau pakej lengkap termasuk pembinaan.
Berapa lama masa diperlukan untuk menyiapkan sebuah banglo?
Tempoh pembinaan biasanya mengambil masa antara 6 hingga 18 bulan bergantung pada saiz dan kompleksiti reka bentuk.
Adakah Banglo Impian menyediakan khidmat ubah suai rumah lama?
Ya, selain pembinaan banglo baru, kami juga menyediakan perkhidmatan pengubahsuaian rumah lama mengikut citarasa moden.
Adakah tanah perlu disediakan oleh pelanggan atau Banglo Impian juga menjual tanah?
Kami hanya menawarkan perkhidmatan reka bentuk dan pembinaan. Anda perlu memiliki tanah sendiri sebelum memulakan projek.
Bagaimana proses untuk memulakan projek dengan Banglo Impian?
- Hubungi kami untuk sesi rundingan.
- Pilih atau reka bentuk rumah mengikut kehendak anda.
- Terima anggaran kos dan buat bayaran deposit.
- Pembinaan akan dimulakan selepas segala dokumen dan kelulusan diselesaikan.
Hubungi Kami
- 013-2958565
- mamyhome.rancangrenovasi@gmail.com
- A-05-01,Jalan Zuhal U5/178, Pusat Komersial Arena Bintang, Subang Bestari, 40150 Shah Alam, Selangor